Friday 11 April 2014

Menjelang 2104 : 10 hari lagi

Assalamualaikum..

Salam Jumaat kawan2..
Hari ni kita cuti tp Anas teman ibu g sekolah..
Ada kelas tambahan tingkatan lima dan latih budak2 utk persembahan perhimpunan koko Ahad ni..
Puas fikir, nak buat persembahan apa..
Sebab pengetua xnak masa perhimpunan tu panjang sangat.. nanti mengganggu waktu pdp..
Tiba-tiba teringat lagu ni,
Nazam Kasih Ibu dan Ayah..

Oh, pertama kali dengar nazam ni dulu, mengalir air mata..(T___T)

Sedih sangat bila mengenangkan pengorbanan seorang ibu yg mengandungkan kita..
Menjadi ibu bukan tugas yg mudah..
Lagi2 zaman kita dilahirkan dulu kan..
Anak2 ramai.. ibu2 kita pulak kebanyakannya tak bekerja.. cuma ayah yg membanting tulang mencari rezeki utk keluarga..
Sob..sob..sob..

Bila dah berkeluarga.. dah ada anak..
Barulah kita rasa macam mana yg ibu kita rasa kan..
Susah payahnya nak jaga dan membesarkan zuriat..
Nak beri kasih sayang dan pelajaran..
Cukup makan pakai..
Ape2 pun mesti anak nombor satu..
(-_____-)

Cubalah kawan2 dengar nazam ni..
Mesti sayu hati..
Nazam Kasih Ayah dan Ibu

○○○
Ibu mengandung sembilan bulan
Lebih dan kurang tak ditentukan
Lahirkan dikau berapa kesakitan
Berpantang pula minum dan makan

Cukuplah masa sampai ketika
 Lahirlah engkau ke dalam dunia
Barulah suka ibu dan bapa
Kepada engkau sangat kasihnya

Harap ibumu bukan sedikit
Tinggilah harap darinya bukit
Lama ibumu merasa sakit
Sembilan bulan tidak berbangkit

Setelah kamu sudahlah ada
 Siang dan malam ibumu jaga
Tidurpun tidak barang seketika
 Makan dan minum tidak berasa

 Berapalah dian dengannya tanglung
 Diangkat dituam lalu dibedung
Sudahlah jaga lalu didukung
Kasih dan sayang tidak tertanggung

Tidaklah tentu siang dan malam
Bangun memangku di dalam kelam
Terkejut jaga di tengah malam
Tidur pun tidak lekat di tilam

Rela ibumu menanggung hutang
Kain dan baju tidak dipandang
Basah di ampai kering di pinggang
Didukung galas tidak berengggang

Kenang ayahmu anak bangsawan
Barang katanya jangan dilawan
Ibu bapamu hubungan Tuhan
Baru sempurna anak budiman

Hai segala anaknya adam
Kasihnya ibu tiada sempadan
Kasihnya ayah rela berkorban
Badan dan nyawa jadi taruhan
○○○



Harap Anas pun terkesan, bila dengar alunan nazam ni suatu hari nanti..

No comments:

Post a Comment