Thursday 8 May 2014

Rencana Hari Jumaat

Assalamualaikum..

Lama senyap blog ni. Berhabukss sudah..
Alaaa, sape je pun yg nk baca..
Hihihihi..

Kekangan masa dan kerja, membuatkan banyak urusan kat rumah terbengkalai.
Aduhai.. kesian tgk rumah sendiri..
dah lama tak memberi perhatian sepenuhnya..
Tak dibelai-belai..
Tak disayang-sayang..huhu

Apa taknya, keluar rumah pagi2, balik pun dh nak hilang matahari..
kalah org keje kilang 12 jam gamaknya..
Sampai rumah, laju-laju masak..
tak pun, laju-laju bersiap sebab nk makan kat luar..
senang takyah masak..
haha..penat makcik oi..
*alah, baru anak sorang dah kelam kabut.
Kot tambah anak lagi tah macam mana jadinya (T_____T)
Kesukaan. Jack Lamb Tesco Kulaijaya.
RM13.50 sajeeeeee..

Maka, atas niat mahu mengembalikan keserian rumahtangga yg terkelam dek kekalutan masa, senarai panjang ini telah kusediakan..

Panjang senarainyaaaa..
Banyak kerjanya..

Memandangkan hari Sabtu sekolah ganti, jadi hanya sehari yg kuada untuk bertungkus lumus dan berperang di rumah..
Harap anakanda beta sedia memberikan kerjasama dengan baik-baik sahaja tanpa sebarang karenah yg boleh menaikkan darah beta..
Huiiiiii...

Langkah pertama insya-Allah akan dimulakan malam ini.
Ayuh, gigihla!!!
*errrr.. ni pun masih kat sekolah. Kursus i-Think. Petang kang nak berjimba ngan ibu kat kota. Cari baju dinner. (@_@)

Rancangan Hari Jumaat
1. Basuh bajuuuuu *pitam
2. Selesaikan lipat baju berbakul-bakul *pengsan. Bangun pengsan balik (@_@)
3. Audit esbok kecikku *esbok kecik tak berapa nk pengsan
4. Susun atur dapur kecik jugak *susun atur rak pinggan balik *susun item atas meja
5. Maintain bilik Anas
    *susun mainan *susun buku
6. Pasang langsir baharu. Yeayyy!!
7. Kalau rajin nak ubah susun atur ruang tamu. **Kalauuu...

Eleh, tak la panjang mana punnn..
Kecoh la awak ni... Choii
Huh!
Takpe, usaha tangga kejayaan!!

Tata!

Monday 21 April 2014

Ulang tahun pertama Anas Safwan..

Assalamualaikum..

Hai semua.. hari ni 22 April 2014..
Maka, tarikh keramat sudah pun berlalu semalam..
Alhamdulillah, usia telah bertambah setahun lagi..
Semakin meningkat usia, semakin bertambah kedut di muka. Hahaha

Terima kasih atas ucapan dan ingatan..
Dari rakan-rakan dan keluarga tersayang..
Di wall fb, grup whatssapp sekolah, ucapan dan ciuman kasih sayang dr rakan2..
Terutamanya buat suami, kek hello kitty tu sangat sukaaaaaa (^______^)

Semuanya mendoakan, agat dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan..yang doakan anas dapat adik lagi pun banyak..hehehhe
Tapi,
Satu ucapan yg paling terkesan, yg masih terngiang- ngiang lagi dekat telinga ni..
-bertambah usia, semoga bertambah juga amalan... insyaallahh...

Malam semalam, sambut biasa2 je kat rumah..
Masak mi hailam dgn adik..
Dinner beramai2..
Lepas tu,  acara potong kek...
Excited sebab kek Hello Kitty.. hahaha tengsss abah!
Ade dua ekor kat atas kek tu.. satu ibu satu anas. Hehe

Kuah hailam sekuali...resepi campak-campak..huhu

Cake of the day... Hello Kitty dua ekoq!

Mata Anassssss...

Yg paling excited sebenarnya si Anas laa...
Mata dia menengok kek tuu..
Macam nak telan semua..
1st time potong kek sendiri.. ala, bukan dia tau pun apa ertinya semua ituuu...hahaha
Habis acara potong2, abah buat aksi selet menyelet kek pulak... habes muka Anas..
Tapi dia boleh sengeehhhhh jek..
Amik krim atas idung pastu masuk mulut. Hahaha



Semoga Anas Safwan jadi anak yang soleh. Setahun yang pertama penuh dengan warna-warni.. banyak tahun lagi akan kautempuhi...sayang anakanda.. 
(^__^)

Thursday 17 April 2014

5S.. huwaaaaaaaa!!

Assalamualaikum..

Jumaat nan berkat..
Meh mengemas..
(T____T)


Jom buang sampah yg bertimbun-timbun...

Monday 14 April 2014

Menjelang 2104 : 7 hari lagi : Mari conteng-conteng

Assalamualaikum..

Hai kekawan.. selamat malam selasa..
Hari senin pn dah nak habis kan.. hehe

Haaa, semalam.. Alhamdulillah.. si kecik ibu tu dah mula menatih.. dh pandai berjalan sikit2..
Dah berani lepaskan tangan dan melangkah.. bukan takat 2 3 tapak.. tp dah bertapak2 terus dia jalan..
Heeeee... excited sangat tgk si kecik tu dah dapat kaki.. dengan pampers bulat kat bontot.. terkedek2 dia jalan.. comel jek!! Pastu jalan jatuh.. boleh pulak dia belajar imbang badan.. tertonggeng2 tp xjatuh ke bawah.. hahaha Anas.. Anas.... Mulalah satu lg fasa baru dalam hidup awak..
Melangkahlah sayang... perjalanan kamu masih sangat jauh lagi...(^___^)

Anakanda tidur lena. Letih la tu dapat kaki.. bantal ke mana orang ke mana.. haihhhh

Hmm.. sebenarnya kita nk mintak idea kekawan..
Nak merias bilik anak ni.. berangan tu memang dah lama.. tp masih belum smpai rezekinya..
Dalam kepala ni dh ade macam2 warna, susun atur.. almaklumlah, sejak2 suka skodeng blog org..banyak la idea2 yg terfikir dlm kepala ni.. hehehe

Pada kita la.. benda pertama yg akan mengubah persepsi terhadap sesuatu ruang tu ialah warnanya.
Betul tak kekawan. Memangla, tak bercat, dinding putih pun.. kalau pandai menyusun atur, sesuatu ruang tu boleh kelihatan menarik.. tp bg kita, bila ada perbezaan warna pd satu2 ruang tu, secara automatiknya pemandangan kita jd lain kan..
Ada warna yg cool.. sejuk dan mendamaikan.. ada warna yg garang.. so semangat pn mcm berkobar2.. ade jugak warna yg boleh menimbulkan mood2 tertentu.. ala, sifu2 ni memang la dh teror..tp bg budak darjah satu macam saya ni, barulah sy faham..hehehe

Errr... kat bawah ni ade dua cadangan warna yg nak dipilih.. warna lantai tu dh memang la cekelat sbb alas tikar getah tu dh memang coklat kan.. so nak buat camne.. ke nak kena tuka tikar getah? Oh, no..no...

Yg 1st ni, kita pilih utk belang kan bhgn atas dan bawah.. mix kan warna kuning lembut n hijau ala2 petronas.. hehe.. yg lantai tu kekonon tikar evamatic or foam abc yg berwarna warni tu -sehingga karangan ini ditulis, sy lupa ape nama benda alah abc tu..iskkk-


Pic kedua ni pulak, cadangan dua warna terang.. hijau dan biru.. yg merah tu pulak karpet gebuss.. haha yg ni mcm simple sikit.. tp mainan warna terang2 la pulak kan..  tp mcm menarik jugak.. biar terangsang minda Anas tu bila tengok warna2 terang mcm ni.. haha..

Hmm.. ni cadangan.. memandangkan anakanda kesayangan tu teruna gagah perkasa.. maka tidaklah dapat bondamu nak menempelkan unsur2 merah jambu dan hello kitty di situ..amat tidak sesuai kelihatannya..hahaha..sebenarnya sejak2 ade anak lelaki ni, jiwa si ibu tertarik pula kpd hello kitty..tak memasal.. kot minat boboiboi ke, upin ipin ke, bola kampung ke, boleh la diterima akal. Ye dak??

Korang rasa, yg mane menarik?? Kalau boleh nk lari dari biruuu..sebab ruang tamu kecik tu dah biru dah.. -ada cerita di sebalik biru ruang tamuku- dan xbest la.. asal boboi je biru..asal boboi je biru..kasi oren ke kuning ke..barulah bestttt kan?? hihihi

Korang ade cadangan??
Idea yg lebih bernas dialu-alukan..hehe
Meh la ajar kitaaaa...

(^__________^)

Sunday 13 April 2014

Menjelang 2104 : 8 hari lagi : Sleepy Sunday

Assalamualaikum..
Hai kekawan.. selamat berhujung minggu.. cewaahhhh.. mesti ramai yg pg jalan2 kan.. bestnyeeeeee!!!

Hari Ahad.. tapi kite sekolah..
Sian kita, suami isteri cuti tak sama..
Abah cuti hari Ahad, ibu pulak Jumaat Sabtu..
Ni lah yg jadi keluhan pasangan yg bekerja di sektor berbeza ni..

Tak kisah pun cuti weekend tu hari ape..
Kan best kalau dapat sama2 harinya..
Macam dulu... 
Waktu cuti je la nk spend masa ngan suami dan anak kan..
Tp tulah, ape nak buat..
Kami ni menurut perintah...
(-_____-)

Habis dah keje hari ni.. tak sabar nak balik!
Rindu budak toncet! Hahahah
Nenek Anas bebel je ibu toncetkan gini..
Nenek kata ape laa ibu, anak jantan ditoncet pokok kelape...

Tak lah nek, ni bukan toncet pokok kelapa..
Ni toncet KUNG FU nama dia..hahaha
(^____^)
Anas plak tak kisah kena toncet..
Dia boleh sengeh2 je tgk cermin..
Pelik gaknye nampak benda tertoncet atas kepala tu..

Anas si toncet!


○ ada perasaan rindu yg bersarang-sarang dlm hati ○

Tata!

Friday 11 April 2014

Menjelang 2104 : 9 hari lagi : Hujan

Assalamualaikum..

Pagi Sabtu yang hujan.
Alangkah bestnya kalau dapat tarik selimut kan..
Hahaha..
Nampaknya, tidak berjaya menarik selimut semula..
Anas bangun awal hari ni..
Dengar je abah start moto, terus celik mata dia..
Pasal ape boleh dengar?
Malam tadi anak beranak tido depan tv.
Tukar angin. Heeee..

Lepas abah g keje, ibu pun layan2 la Anas..
Bagi makan roti, susu.. tepuk2 dia, ingatkan nk tido..
Tapi nan hadoo..
Nak main je..
Dik, hujan2 gini tido kan best?
Adik main jelah. Biar ibu tido. Boleh??
-jangan berangan ibuuu.. (+____+)

Takpelah, sambil2 basuh kain, layan2 kan je la budak kecik tu...
Siap basuh kain, marilah kita menjemur kain.
Dah tu mari memasak pulak..
Ikan masak kicap n sayo kacang goreng je..
Untuk Anas, ibu buatkan sup ayam+kentang+brokoli..
Hari ni mood Anas nak kenal dapo agaknye..
Habis dipunggah segala yg ada kat rak pinggan tu..
Ok la dik, awak ambil senduk dan periuk ini. Awak mainlah..
Eh, taknak pulak..
Dia nak main lesung..
Maka bergempitalah bunyi lesung.. kelentung kelentang diketuknyaa..
Hai, buat sambal belacan ke??
Suka hati lah dik.. (^____^)



Siap masak, tengok Anas dh senyap..
Rupanya dah tetidoo..haihhh baru nak bg makan..
Sabo je la..

Ibu pn ambik kesempatan..
Hahaha relax2 je.. mentang2lah anak tidoo..
Layan google..
Nak cari ilham..
Nasib baik tak membuta sekali..
hehehehe..

Tata!


Menjelang 2104 : 10 hari lagi

Assalamualaikum..

Salam Jumaat kawan2..
Hari ni kita cuti tp Anas teman ibu g sekolah..
Ada kelas tambahan tingkatan lima dan latih budak2 utk persembahan perhimpunan koko Ahad ni..
Puas fikir, nak buat persembahan apa..
Sebab pengetua xnak masa perhimpunan tu panjang sangat.. nanti mengganggu waktu pdp..
Tiba-tiba teringat lagu ni,
Nazam Kasih Ibu dan Ayah..

Oh, pertama kali dengar nazam ni dulu, mengalir air mata..(T___T)

Sedih sangat bila mengenangkan pengorbanan seorang ibu yg mengandungkan kita..
Menjadi ibu bukan tugas yg mudah..
Lagi2 zaman kita dilahirkan dulu kan..
Anak2 ramai.. ibu2 kita pulak kebanyakannya tak bekerja.. cuma ayah yg membanting tulang mencari rezeki utk keluarga..
Sob..sob..sob..

Bila dah berkeluarga.. dah ada anak..
Barulah kita rasa macam mana yg ibu kita rasa kan..
Susah payahnya nak jaga dan membesarkan zuriat..
Nak beri kasih sayang dan pelajaran..
Cukup makan pakai..
Ape2 pun mesti anak nombor satu..
(-_____-)

Cubalah kawan2 dengar nazam ni..
Mesti sayu hati..
Nazam Kasih Ayah dan Ibu

○○○
Ibu mengandung sembilan bulan
Lebih dan kurang tak ditentukan
Lahirkan dikau berapa kesakitan
Berpantang pula minum dan makan

Cukuplah masa sampai ketika
 Lahirlah engkau ke dalam dunia
Barulah suka ibu dan bapa
Kepada engkau sangat kasihnya

Harap ibumu bukan sedikit
Tinggilah harap darinya bukit
Lama ibumu merasa sakit
Sembilan bulan tidak berbangkit

Setelah kamu sudahlah ada
 Siang dan malam ibumu jaga
Tidurpun tidak barang seketika
 Makan dan minum tidak berasa

 Berapalah dian dengannya tanglung
 Diangkat dituam lalu dibedung
Sudahlah jaga lalu didukung
Kasih dan sayang tidak tertanggung

Tidaklah tentu siang dan malam
Bangun memangku di dalam kelam
Terkejut jaga di tengah malam
Tidur pun tidak lekat di tilam

Rela ibumu menanggung hutang
Kain dan baju tidak dipandang
Basah di ampai kering di pinggang
Didukung galas tidak berengggang

Kenang ayahmu anak bangsawan
Barang katanya jangan dilawan
Ibu bapamu hubungan Tuhan
Baru sempurna anak budiman

Hai segala anaknya adam
Kasihnya ibu tiada sempadan
Kasihnya ayah rela berkorban
Badan dan nyawa jadi taruhan
○○○



Harap Anas pun terkesan, bila dengar alunan nazam ni suatu hari nanti..

Thursday 10 April 2014

Yeayyyy!! Dah berjaya !

Assalamualaikummmm!!

Hahh, nampak x kegirangan ketika memberi salam di situ??

Sebenarnya tercari2 camane lah gayanya nak add widget followers kat blog ni..almaklumlah..saya kan budak baru belajar..hihi

Tadi tanya kat Pak Cik Google,
Maka terjumpalah caranya..

Kredit to:
http://budakkecikbermonolog.blogspot.com/2013/03/tutorial-letak-follower-widget-dalam.html?m=1

Senang je rupanyaaa...hahaa

Haaaa.. kan dah jadik tu!!
0 Follower lagi..kecian makcik..
Hahahahahahaha..

Ape lagi, kawan2..
Meh la Followwwwww kitaaa...

Tata!

Menjelang 2104..

Assalamualaikum..

Haihhhh.. masih di sekolah..
Berehat sekejap dr kerja2 menanda buku yg sebeban ni..-tak habis pun lg sebenarnya.hihihi-

10 April 2014.
Haaa sebelas hari lagi menjelang tarikh keramat..
Tarikh ape ye??

21 April 2014.
Ulang tahun kelahiran anakanda beta, Anas Safwan yg pertama.
Juga ulang tahun kelahiran kita ke-28!!
Tarikh lahir kami samaaa..
Best x? Best x?? Hihihi

Maka, entri ini adalah untuk menceritakan sedikit kisah menjelang hari kelahiran anakanda pada tahun lepas.. mengimbau kenangan la pulak kan..
(^_______^)

Sebelum nk imbau2, kita nk cite sikit la tentang kisah kawen2 kita..
Selamat diijabkabulkan dgn si suami, 18 Nov 2011..pagi Jumaat nan barakahhh..
Majlis sanding keesokan harinya, dan lusanya majlis sebelah suami.
Tiga hari berturut-turut majlis. Senang.
Sebab kampung kami dekat je..
Lebih kurang 20 minit perjalanan..
Tu kalau drive 80km/j la.. kalau pecut, lagi cepat sampainya.. hehe

So far, kita xlah cepat sangat pregnant pn.. lebih kurg 8bln lbh jugak 'kosong'..
Kita dan suami x fikir sangat, tak kisah pun rezeki pregnant tu dtg cepat ke lambat..
Pastu, masa bulan puasa tahun 2012..
Kita lewat dtg bulan.. bukan lewat sangat, lewat dua hari je..
Tapi excitednya terlebih..hihihi

Sehari sebelum raya, lari keluar kejap ngan adik g farmasi.. nak beli pregnancy test.. suami keje lagi masa tu..hajat hati nk check pagi2 esoknye..

Cerita pagi rayanya pulak..masa tu beraya rumah mentua..awal2 dah bangun..
Pagi2 bangun nak subuh tu, terus g wat UPT..
Naik pulak 2 line.. hiiiiii sukanyaaaaa...
Terus kejut suami.. tarik tangan dia, letak kat perut..
Dia blur2.. maklumlah pagi2 lagi..
Pastu kita bgtau la yg kita pregnant..
Ape lagi, terus bulat biji mata.. seronoknya masa tuuu... (^________^)
Pagi tu jugak suami bgtau keluarga mentua..
Semua happy dgn hadiah pagi raya..hihihi

Raya ketiga, g check kat satu klinik swasta kat Kulai.. Doc confirmkan kita pregnant..
Doc bgtau due date k 25 April 2013..
Sukaa je masa tu..sebab dekat2 dgn tarikh lahir kita..

Alhamdulillah, masa pregnant xbyk sangat alahan..
Mual2 pun xde sangat.. cuma kita akan terus lepak bila dh petang.. balik sekolah mmg on time, xde nak stay lama2 kat sekolah.. balik terus melepek dan tidooo..
So masa tu, duduk rumah nenek..
Ade jugak org tolong urus makan minum..
Kalau x....alamatnye kebulurla si suami tu..huhu

Bila kandungan dah lebih 3 bulan..
Sume tu dh hilang sikit2..
Dah balik rumah sendiri..buat keje2 rumah cam biasa..
Suami sangat byk membantu..
Malam2, nak layan bola jek..
Siap tunggu depan tv.. minat no tgk JDT, lagi2 Matyo..
Tak memasal.. padahal xpernah pun tgk bola..
Si suami godek tepung buat jemput2 kat dapur..
Ok x?? Hahaha..
Masa tu dah agak dh.. mesti boboiboiii....(^__^)

Haha.. panjang la pulak entri ni..
Penat la nk taip..
Sambung tanda buku lah..
Nanti2 cerita lagi eh.. hihihihi
Tepek tiga gambar bersama anakanda beta..

 Ibu, saya somel kan...

Ibu...somel kan sayeee...

Ok lah, kita somel sama2 la ibu ye..

Huh, tuan rumah perasan!

Tata!



Wednesday 9 April 2014

Sikit je...

Assalamualaikum..

Nak tunjuk sikit. Sikit jek.
Meja kerja sy kat sekolah.
Meja dah reput sikit.
Sekolah takde bajet nak belikan meja baru.
Hahahahaa

Ini masa rajin kemas2 hari tu..
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
°
Hari ini.. 
Nak menangis tengok... 
T___T

Babai......

Tuesday 8 April 2014

Bilik Anas

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi sikit.
Susun2 bilik anak kesayangan, Anas Safwan.
Bakal berusia setahun 21 April ini.

Rumah ni sewa je.
Rumah teres tiga bilik, dua bilik air.
Biasalah kan. Rumah sekarang..

Satu bilik tu dikhususkan utk Anas.
Tapi dia tak tidur dalam bilik tu pn.
Masih berkepit dgn ibu dan abah lg.
Manja oi.. nak tidur kena pegang2 tangan dia dulu.hihihi

Hmm, bilik ni biasa je..
Ada tilam, kipas, almari laci.
Dan mainan. Hehehe


Sila abaikan tong air tu ye. Hahaha
Ni konsepnya -Asal boleh-
Tong tu tak diguna, buat letak kipas pun bolehla labuu..huhu
Hajat hati nak cat bilik ni.
Dalam kepala ni dah fikir dah warna2 yg macam best je.
Tapi, tunggu ada bajet dulu.
Skrg ni selesa jelah dgn putih suci tulus mulus ni..
Berwarna-warni jugak mainan2 tu..

Cari di mana saya-Anas 

Baru-baru ni, pegi mr.DIY kat Ioi Kulai.
Terjumpa sticker gamba lori2 tu.
Harga belas2 je. Nampak macam comel jek.
Maka, belilah. Besar2 jugak lorinya.
Lori pasir ade, lori siput ade, lori simen ade.
Bajak pun ada.
Ibu Anas yg excited ni, sampai2 rumah je terus menampal. Senget-benget jugak.
Takpe, yg penting dah tampal.
Cantik x?
Dah rupa taska pulak menengoknya.
Hehehe.

Tu je pun nak share.
Saya budak baru belajar.
Cikgu2 sila tunjuk ajar :D

Tata!

Tuesday 1 April 2014

Bismillah

Assalamualaikum sahabat.

Akhirnya, blog ini terbina.
Atas minat membaca blog orang lain, dan terasa ingin belajar menulis juga.
Menulis tentang seharian, berkongsi tentang ilmu atau apa-apa saja.

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan!


Ini buah hati pengarang jantung ibu, Anas Safwan.

Terima kasih, tata!!